Adegan Filem Yang Tak Sengaja Di Tayangkan Ketika Penggambaran


Pelakon Arja Lee yang berbogel dalam adegan mandi filem ... Dalam Botol dilakukan dengan kerelaannya sendiri.

Penerbit filem berkenaan, Raja Azmi Raja Sulaiman berkata, kesediaannya berbuat demikian semata-mata kerana mahu menghayati watak berkenaan.

Menurut Raja Azmi, skrip asal filem berkenaan tidak langsung menuntut Arja berbogel, sebaliknya pelakon lelaki itu disarankan memakai seluar pendek ketat ketika adegan mandi.

"Sebaik selesai penggambaran adegan berkenaan di mana Arja mengenakan seluar ketat, dia (Arja) mahu lakukan sekali lagi.

"Arja mempunyai alasan kukuh bahawa dengan mandi berbogel dia lebih dapat menghayati watak Ruby. Setelah Arja berbincang dengan saya dan pengarah, penggambaran babak mandi itu dilakukan semula.

"Namun ketika penggambaran mandi bogel itu, saya terus tinggalkan lokasi... yang ada cuma pengarah dan krew lelaki sahaja," kata Raja Azmi.

Filem terbitan Syarikat Penerbitan JAS arahan Khir Rahman itu mencetus kontroversi apabila pelakonnya Arja Lee atau nama sebenarnya Azharuddin Ramli memberi kenyataan demikian dalam Pancaindera keluaran 4 Julai lalu.

Bagaimanapun, kata Raja Azmi, setelah filem itu dihantar untuk proses suntingan, babak mandi bogel itu dibuang dan digantikan dengan babak mandi pakai seluar ketat kerana enggan mengambil risiko.

"Sebenarnya Arja sendiri tidak tahu babak 'Ruby' mandi bogel dibuang. Sebagai penerbit saya menghargai komitmen yang ditunjukkan Arja dan saya tidak menghalang apa yang dia mahu lakukan.

"Tetapi sebagai penerbit saya tahu syarat-syarat Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM). Kenapa saya mesti menjerat leher sendiri hanya kerana babak mandi bogel itu.

"Saya tidak mahu menggadaikan adab dan tatasusila orang Timur. Sebagai orang Melayu, saya tahu apa yang boleh dan tidak boleh di dalam sesuatu penerbitan filem," tegas Raja Azmi lagi.

Filem ... Dalam Botol sudah pun dihantar kepada LPFM untuk penapisan dan dijadual ditayangkan pada November ini.

Menurut Raja Azmi, kontroversi yang timbul bukan sengaja diadakan dan ia juga bukan tujuan mencari publisiti murahan.

"Sebenarnya sudah empat filem yang saya terbitkan dengan pelbagai kontroversi tapi hanya satu filem sahaja yang memberi keuntungan kepada saya iaitu Haru Biru," akuinya.

Filem sulung terbitan Raja Azmi, Black Widow pada tahun 1994 dengan kos RM1.8 juta hanya mendapat pulangan RM150,000.

Selepas Black Widow, isteri kepada bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek itu menerbitkan filem Emas Malaya... Pure Gold pada tahun 1996 dengan kos penerbitan RM600,000 tetapi tidak dapat ditayangkan.

Filem Cinta 200 Ela dengan kos RM1.1 juta pula hanya memperolehi kutipan RM260,000 walaupun menampilkan adik iparnya yang juga bekas pemain badminton utama negara, Rashid Sidek sebagai pelakon utama.

Beliau menerbitkan filem Haru Biru pada tahun 2007 dengan modal RM700,000 dan mendapat kutipan tiket RM800,000.

Sementara itu, gara-gara kenyataannya, Arja Lee dipanggil menghadap pensyarahnya di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 12 Julai ini untuk memberi penjelasan.

"Saya tahu sebagai penuntut USM saya telah melakukan kesalahan. Saya harap kesilapan saya itu akan dimaafkan.

"Tetapi apa yang saya lakukan adalah keperluan watak Ruby. Sebagai pelakon saya tahu apa yang diperlukan dalam sesuatu watak dan kerana kesilapan itu saya mohon maaf kepada USM dan masyarakat Melayu khasnya. Saya bukan berlakon filem porno dan saya yakin itu tidak salah," kata penuntut tahun akhir jurusan Seni Persembahan di USM itu yang kini sedang bercuti di Bali, Indonesia.

Dalam pada itu, pensyarah Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Hashim Minhat berkata, perbuatan berbogel di dalam filem boleh ditakrifkan sebagai perbuatan sumbang di khalayak awam.

"Walaupun pelakon itu mendakwa dia berbogel atas tuntutan kerja atau kerana seni, tetapi berbogel di hadapan orang lain itu tetap haram, berdosa. Aurat lelaki dari pusat ke lutut, jadi tetap kena tutup aurat.

"Tidak kira walaupun hanya ada seorang sahaja yang bersama dia (ketika melakonkan babak berkenaan), ia tetap berdosa. Tambahan pula ini filem. Ia akan ditayangkan kepada orang awam," katanya.

Menurutnya lagi, pelakon tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 29 Akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam jika adegan itu dirakamkan di ibu kota.

Pelakon Rosyam Nor pula berkata, selain bertentangan dengan agama Islam, adegan berbogel dalam filem tidak sepatutnya berlaku dalam industri perfileman tanah air seperti yang ditetapkan LPFM.

Bagi Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik pula berkata, biarpun pengarah dan pelakon mempunyai kebebasan berkarya tetapi mereka harus menghormati sensitiviti agama dan budaya masyarakat Timur khususnya rakyat Malaysia.

"... Dalam Botol diterbitkan untuk tontonan rakyat Malaysia. Hampir keseluruhan penonton filem Melayu adalah orang Melayu beragama Islam. Sebab itu mana-mana penerbit atau pengarah perlu mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa agama Islam dan KDN," katanya.



Adegan Filem Yang Tak Sengaja Di Tayangkan Ketika Penggambaran Adegan Filem Yang Tak Sengaja Di Tayangkan Ketika Penggambaran Reviewed by Unknown on 03:02:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.